Bismillah.
Dengan nama Allah Yang maha Pengasih lagi Maha Pemurah.
untuk membina sifat kritis dan kreatif ketika berfikir dalam diri pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah.
KELAB DE'PIKIR
telah mengadakan
INTRASCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP 2012
bagi kategori
BAHASA INGGERIS DAN BAHASA ARAB
terbuka kepada semua pelajar dari
TINGKATAN SATU HINGGA TINGKATAN LIMA
bermula dari
9 Februari 2012.
---------------------------------------
MOTTO PROGRAM IALAH
‘’ HIDUP IALAH SEBUAH PERDEBATAN, DEBAT PERLU UNTUK HIDUP “
OBJEKTIF PROGRAM INI DIADAKAN IALAH.
- Membentuk peribadi muslim dan karakter yang positif berdasarkan aspek-aspek Muwasafat Tarbiyah seperti menjaga waktu dan mementingkan ilmu.
- Memupuk budaya berfikir secara kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar SMIH serta menerima pertembungan idea-idea yang bernas dan berkualiti dengan cara berhemah dan tolak ansur.
----------------------------
setiap pasukan melalui 4 pusingan awal sebelum hanya 8 pusingan yang mara ke pusingan kalah mati. maka, setelah pusingan kalah mati berlangsung, mari sama-sama kita saksikan...
PUSINGAN FINAL PERTANDINGAN DEBAT INTRA SCHOOL
BAHASA INGGERIS DAN BAHASA ARAB
di
Sekolah Menengah Islam Hidayah
pada
ISNIN 20 FEBRUARI 2012.
mari ramai-ramai kita memeriahkannya! :)
moga Allah redha dengan usaha kita dalam membina pelapis pelapis pejuang yang cukup arif dan sensitif terhadap isu semasa yang berlaku.